Saturday, January 23, 2010

Merentas desa

Salam semua. Hari ni telah diadakan acara merentas desa bagi sekolah ini dan saya percaya, hampir smua sekolah di dalam Perlis mengadakan acara sukan ini. Umumnya, kita ketahui bahawa setiap awal tahun, aktiviti sukan akan rancak dijalankan dan tidak terkecuali bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang. Aktiviti merentas desa ini disertai oleh hampir semua pelajar di sekolah ini dan ia bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 9.15 pagi. Tergambar keceriaan di wajah masing-masing kerana dapat melakukan aktiviti bersukan bersama kawan-kawan dan guru-guru. Aktiviti sukan yang lain diteruskan selepas itu. Kemudian diadakan acara penyampaian hadiah.

Sekian sahaja coretan IT Faci kali ini. Bertemu di entry yang lain pula.

Friday, January 15, 2010

Pembinaan CitaKulab SK Sg Berembang

Salam 1 Malaysia. Entry kali ini, saya ingin menceritakan tentang pembinaan kabin CITAKULAB. Sebelum itu, saya rasa saya belum lagi menjelaskan apa itu CITAKULAB. Citakulab iaitu singkatan daripada perkataan Club It For All adalah satu projek di mana ia dibangunkan oleh Koridor Utara (NCER) untuk membantu penduduk di luar bandar terutamanya pelajar sekolah rendah di luar bandar untuk mempelajari teknologi maklumat. Seperti yang kita ketahui, pada masa kini, teknologi maklumat amat luas dipergunakan. Dan biasanya, pelajar-pelajar di luar bandar ini amat kurang pengetahuannya dalam bidang ini. Jadi, dengan terhasilnya program CITAKULAB di SK SG Berembang ini, diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan komuniti setempat di sini. Ini adalah penerangan serba ringkas tentang apa itu CITAKULAB. Pada entry yang berikutnya, saya akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang CITAKULAB dan juga progress penghasilan makmal atau kabin CITAKULAB. Di bawah ini, saya lampirkan gambar progress yang telah terhasil buat masa ini.




inilah tempat di mana kabin atau makmal CITAKULAB akan diletakkan. Ia terletak betul-betul dihadapan pintu pagar ke-2 sekolah ini dan berdekatan dengan padang.